Wednesday, February 16, 2011

Berkongsi Kejayaan Bisnes MLM Saudara Wan Hamidi

Saya bermula dari bawah dengan tanpa modal tunai, saya guna kad kredit untuk pembelian stok Alpha Lipid Lifeline bermula pada pangkat Supervisor pada Julai tahun 2007.

Kini saya berasa bersyukur kerana mampu meraih pendapatan tetap setiap bulan 5 angka.

Hidup saya sekeluarga banyak berubah. Saya kini berazam tinggi untuk membantu ramai orang lain mencapai Impian mereka sebagaimana Impian telah pun tercapai.

Selepas tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Farmasi pd tahun 2002 saya bekerja makan gaji sebagai Ahli Farmasi dengan pendapatan rm3000+ sebulan. Memang kerja makan gaji tidak memberi kepuasan kepada saya, sebab saya tahu kebolehan dan potensi diri. Lantaran itu kemudian saya mencuba berniaga sendiri dengan membuka perniagaan Kedai Farmasi sendiri dengan bantuan modal adik beradik pada tahun 2003. Pada permulaan memang seronok memiliki bisnes Farmasi milik sendiri, memang ada wang tetapi tidak lah sebanyak mana.

Pada tahun 2005, saya diperkenalkan oleh abg ipar saya akan peluang perniagaan MLM. Saya join sebab MLM tersebut menjual barangan keperluan rumah dan ia bantu saya dapat wang semula dari penggunaan barangan harian seperti syampu, ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh dll.

Syarikat MLM tersebut namaya Omegatrend International yg berasal dari Australia. Pada mulanya saya hanya ikuti program-program syarikat seperti Biz Talk, Seminar, Konvensyen dll. Saya rasa hidup saya punya HARAPAN BARU! Sebab IMPIAN saya semakin BESAR lebih besar dari kerjaya saya di bidang Farmasi.

Saya membeli buku-buku tentang MLM/Network Marketing. Saya pelajari melalui internet. Saya rujuk dan belajar dari buku-buku mereka yang telah BERJAYA dalam MLM/network marketing. Di dalam Omegtrend saya mengikuti Leader yang Berjaya seperti Nik Hafiz dan Kak Rina.

Bagi saya apabila "MIND SETTING" dah betul, maka segala rintangan atau halangan akan menjadi Mudah sebab saya punyai "Clear Vision" apa yang saya mahu melalui perniagaan ini.

Pada penghujung tahun 2006, syarikat Omegatrend telah mengalami masalah kewangan di Australia, dan syarikat New Image International dari Auckland telah mengambil alih pemilikan saham syarikat Omegatrend.

Walaupun Omegatrend telah hampir bankrup tetapi operasi di Malaysia masih berjalan, namun begitu kami amat bersyukur dan bertuah kerana pada waktu saat genting peralihan dari Omegatrend ke New Image, setiap bulan bonus ahli-ahli dibayar tepat pada waktunya.

Ramai ahli-ahli Omegatrend dan leader-leader telah berhenti tetapi kami bersama Nik Hafiz+Rina meneruskan perniagaan ini kerana sejak diperkenalkan Alpha Lipid Lifeline memang kami dapati banyak "miracle recovery" berlaku!

Memang pada peringkat awal apabila disuruh "menjual" produk "susu ajaib" dalam tin, kami merasa kekok, tapi apakan daya produknya amat bagus, ramai yg mencuba dapat "miracle recovery". Saya sendiri pun pelik , walaupun saya seorang Ahli Farmasi, saya "terpaksa" percaya akan beberapa "pemulihan yg ajaib" yang dialami oleh para pengguna kami.
 
Usahawan sepenuh/separuh masa di bawah syarikat N.Z New Image Sdn Bhd diperlukan. Jangan lepaskan peluang menjadi jutawan N.Z New Image Sdn Bhd. Sila hubungi/SMS saya untuk sebarang pertanyaan mengenai peluang perniagaan ini atau ingin pergi ke BISNESS PRESENTASI daripada pihak syarikat N.Z New Image Sdn Bhd setiap Rabu jam 9.00 malam bertempat di Tingkat 2, Wisma Getah Asli, Kuala Lumpur. Tempat adalah terhad.

Mohd Azizi Bin Abd Aziz
Supervisor
ID No : 255016
Tel No : 013 9837195
N.Z New Image Sdn Bhd
Products : Alpha Lipid Lifeline & Slim Diet 2
website : http://www.newimageasia.com.my/

No comments:

Post a Comment