Monday, February 7, 2011

Persepsi Bisnes MLM di Malaysia - MLM Adalah Perniagaan Bukan Pelaburan.

Majoriti mereka yang mencari peluang untuk menambah pendapatan akan menjauhkan diri dari bisnes MLM. Banyak yang diperkatakan tentang penipuan oleh syarikat MLM? Apa benar begitu? Mari kita bincang secara profesional.

Bisnes MLM sebenarnya satu konsep bisnes yang sah di sisi undang-undang Malaysia dan juga dunia. Di peringkat permulaan dahulu Amway pernah didakwa kerana dikatakan menjalankan bisnes haram. Mereka menang kes tersebut dan Amway wujud hingga kini dan terus berkembang.

MLM adalah satu konsep perniagaan, BUKAN pelaburan. Syarikat MLM memilih untuk memasarkan produk mereka melalui pengedar bebas (tidak digaji oleh syarikat). Pengedar bebas (usahawan MLM) akan mengedar atau memasarkan produk tersebut kepada pengguna. Pengedar akan dibayar bonus, berdasarkan jumlah jualan produk, sebagai ganjaran atas usaha mereka memasarkan produk serta melatih pengedar lain di bawah rangkaian masing-masing.

Dalam bisnes tradisi, syarikat akan menjual produk mereka secara borong kepada pemborong. Pemboronglah yang kemudiannya mengedar kepada peruncit, peruncit kepada pengguna. Syarikat akan menggaji eksekutif pemasaran untuk tujuan memperkenalkan atau mempromosi produk mereka. Dalam syarikat MLM, tugas ini dijalankan oleh para pengedar bebas. Justeru amat wajar mereka diberi bonus sebagai ganjaran.

Bisnes MLM bukan Skim Cepat Kaya, justeru untuk berjaya dalam bisnes MLM usahawan perlu komited dan menjalankan bisnes secara profesional mengikut konsep sebenar MLM. Usaha ini mungkin akan memulihkan imej industri MLM di mata masyarakat.

Usahawan sepenuh/separuh masa di bawah syarikat N.Z New Image Sdn Bhd diperlukan. Jangan lepaskan peluang menjadi jutawan N.Z New Image Sdn Bhd. Sila hubungi/SMS saya untuk sebarang pertanyaan mengenai peluang perniagaan ini atau ingin pergi ke BISNESS PRESENTASI daripada pihak syarikat N.Z New Image Sdn Bhd setiap Rabu jam 9.00 malam bertempat di Tingkat 2, Wisma Getah Asli, Kuala Lumpur. Tempat adalah terhad.

Mohd Azizi Bin Abd Aziz
Supervisor
ID No : 255016
Tel No : 013 9837195
N.Z New Image Sdn Bhd
Products : Alpha Lipid Lifeline & Slim Diet 2
website : http://www.newimageasia.com.my/

No comments:

Post a Comment