Monday, March 14, 2011

Perniagaan Jualan Langsung - 10 Cara Menilai Peluang Anda



Perniagaan Pemasaran Jaringan (MLM)…… Okay, anda sudah pun membuat keputusan untuk menyertai Pemasaran Jaringan untuk menambah pendapatan atau pun untuk perniagaan.  Bagaimana anda memilih syarikat yang terbaik untuk anda? Ada beribu peluang MLM diluar sana dan pastinya ada beribu pendapat. Ya, segala-galanya akan mengelirukan anda dengan segala bentuk pandangan dan tohmahan…

Syarikat saya telah ujud 40 tahun…
Produk syarikat saya mempunyai bertahun-tahun penyelidekan..
Vitamin yang dikeluarkan oleh syarikat saya adalah yang terbaik di pasaran..
Syarikat saya mengunakan teknologi masa depan..
Syarikat saya menawarkan pelan mudah untuk cepat kaya..
Anda tidak perlu menjual, berlenggeng depan komputer pun tak apa, wang pasti masuk..
Oh ya, Ganjaran anda adalah satu perjalanan ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS)…
Segalanya semakin tidak masuk akal…..

Saya tidak terkejut apabila ada ramai yang menyertai MLM mengharapkan segalanya terjadi tetapi akhirnya hampa belaka. MLM mendapat nama yang buruk,, syarikat dibuka hari ini, esoknya tutup. Mereka yang menyertainya hilang punca, hilang sahabat dan hilang saudara kerana telah menjanjikan sesuatu yang tidak terjadi…

Benar, terdapat banyak peluang syarikat pemasaran jaringan di luar sana adalah pembohongan semata-mata, tetapi ingat,  terdapat juga yang berniat baik tetapi kerana sebab-sebab tertentu syarikat itu tidak nampak menarik. Bagaimana membezakan syarikat yang mempunyai potensi dari syarikat yang akan mengecewakan anda.?

Pada pandangan saya, terdapat beberapa elemen penting untuk anda perhalusi sebelum anda terjun menyertai mana-mana syarikat. Saya cuba perturunkan 10 kriteria untuk anda fikirkan:-

1. Berapa lamakah syarikat telah beroperasi?
Sepanjang 30 tahun lepas, beribu syarikat MLM yang telah dibuka dan akhirnya tutup. 90% syarikat MLM telah gagal dalam 2 tahun operasi. Jika anda inginkan usaha anda pada hari ini dibayar untuk tahun-tahun akan datang, pilih syarikat yang terbukti boleh bertahan pada jangka panjang. Paling kurang, syarikat hendaklah beroperasi 3 -5 tahun untuk anda menilainya sebagai baik.

2. Adakah kedudukan kewangan syarikat stabil?
Kedudukan kewangan syarikat mestilah stabil dan jika boleh tiada hutang. Dengan kata lain, adakah ia mempunyai tunai untuk berkembang, mengekalkan infrastruktur syarikat, menarik pengurus-pengurus terbaik, mengikuti perkembangan teknologi dan paling penting membayar komisen anda.

3. Adakah syarikat mempunyai pengurusan atasan yang baik?
Dalam menilai syarikat, kita juga perlu melihat siapa yang berada diteraju utama pentadbiran. Pemegang saham utama, pengasas dan pengurusan atasan perlu diketahui sedikit sebanyak latarbelakang mereka. Ini bagi memastikan pasukan pengurusan adalah terdiri dari mereka yang mempunyai integriti tinggi dan boleh bekerjasama sebagai satu pasukan. Seeloknya, pengasas dan pengurusan atasan adalah mereka yang telah lama dalam industri ini dan mengetahui selok-belok perniagaan ini dan kalau boleh yang ada nama dalam Persatuan Jualan Langsung dinegara masing-masing.

4. Adakah syarikat mempunyai produk yang unik?
Seterusnya, beri penilaian terhadap produk syarikat dengan menilai faktor pemasarannya.
Adakah produknya unik? – bermaksud produk ini tidak dijual di mana-mana kedai selain pengedarnya. Produk unik juga bermakna, syarikat tidak mengeluarkan produk tersebut hanya untuk mengikut trend industri semasa atau untuk mengujudkan persaingan semata-mata.
Adakah terdapat permintaan yang tinggi? Adakah nilai harganya berbaloi?
Dan akhirnya adakah ia akan digunakan selalu? Kegagalan memastikan permintaan, harga dan kegunaan yang wajar untuk pasaran akhirnya akan  menyebabkan rumah pengedar penuh dengan barangan tersebut.
Sudah pastinya produk yang mempunyai permintaan kegunaan tinggi akan sentiasa mempunyai penguna yang berulang-ulang kali.

5. Adakah jualan syarikat berkembang pesat atau mendatar?
Adalah wajar kita memerhatikan perkembangan jualan produk syarikat. Sekiranya ia berkembang pesat, adakah perjalanannya hampir mendatar? Ini penting kerana sesuatu produk mempunyai ‘life cycle’ tersendiri. Apabila ‘life cycle’ produk mendatar, syarikat sepatutnya menghasilkan produk-produk baru bagi menampung perkembangan masa depan syarikat. Syarikat yang tidak kreatif selalunya tidak mampu mengeluarkan produk lain lagi dan perkembangan syarikat akan terbantut.

6. Adakah syarikat mempunyai teknologi sistem pengedaran berkomputer?
Perkara-perkara lain yang perlu dititikberatkan tentang produk adalah ‘guarantee’, kualiti, keselamatan dan sistem penghantaran produk. Di zaman teknologi moden ini, sepatutnya sistem pengedaran syarikat hendaklah berkomputer sepenuhnya dan penghantaran produk boleh diatur oleh syarikat menggunakan sistem penghantaran seperti DHL, City Link dsbnya. Ini akan memudahkan tugas pengedar separuh masa yang bergiat dalam bidang ini.

7.  Adakah anda boleh menambah pendapatan dengan Pelan Imbuhan?
Terdapat 4 jenis sistem utama imbuhan dibayar oleh syarikat. Setiap syarikat mempunyai pelan imbuhan yang berbeza. Syarikat mungkin menggunakan hybrid kepada sistem tersebut. Perkara ini perlu diteliti oleh anda. Adakah anda memahaminya? Apa yang perlu anda buat untuk dibayar? Ada keuntungan jualan runcit? Berapa komisen bawa ahli baru masuk? Adakah komisen residual?
INGAT!! Peluang anda untuk menambah pendapatan SEKARANG adalah lebih penting daripada wang kemudian kerana anda perlu wang SEKARANG untuk membiayai perniagaan anda SEKARANG!
Perhatikan juga samada pembayaran itu adalah adil dan saksama. Sistem yang baik akan memberikan ganjaran pada ramai pengedar di dalam kumpulan melebihi 5 peringkat (level).
Terdapat juga keperluan penggunaan yang selalunya syarat asas untuk mendapatkan komisen. Pastikan syarat belian ini tidak membebankan dan adalah wajar untuk anda.

8. Adakah orang yang mengenalkan anda kepada peluang syarikat ini komited terhadap kejayaan ANDA?
Jika mereka komited untuk kejayaan anda, syarikat pun kuat, produk pun bagus dan anda mahu belajar, insyaallah anda AKAN cepat berjaya. Jangan cari mereka yang hanya inginkan penyertaan anda dan tinggalkan anda bersendirian. Kadang-kadang perlu ditegaskan juga bahawa SIAPA yang bawa anda masuk lebih penting daripada perniagaan apa anda masuk. Walaubagaimanapun, saya berpegang kepada prinsip ‘be a leader yourself’. Tanpa mereka sekalipun, jika anda ada inisiatif yang tinggi, insyallah boleh berjaya.

9. Adakah cara untuk membina perniagaan ini secara separuh masa tanpa kehilangan kerja tetap anda?
Syarikat sepatutnya mempunyai sistem automasi yang memudahkan kerja-kerja anda supaya anda boleh bekerja dengan efisien. Syarikat yang berjaya menarik pengedar separuh masa amat berbaloi untuk disertai

10. Adakah anda akan GEMBIRA?
Walaupun ini bukan satu elemen penting untuk KERJA anda tetapi ia penting. Anda patut seronok dan suka melakukannya bersama rakan perniagaan anda yang lain dalam membina perniagaan jangka panjang dan kumpulan jaringan kewangan anda.

Okay, itu adalah sepuluh (10) kriteria menilai peluang bersama syarikat perniagaan pemasaran jaringan. Tetapi, walaupun dengan syarikat hebat, produk yang meletup dan pelan imbuhan yang lumayan belum menjanjikan kejayaan anda. ANDA KENA BERUSAHA. Tetapi, sekiranya peluang-peluang yang ujud seperti diatas adalah betul, anda tidak akan berusaha lama untuk berjaya dalam perniagaan ini.

Pengedar sepenuh/separuh masa di daerah anda seluruh Malaysia & Sabah/Sarawak diperlukan. Pengedar akan berdaftar sebagai ahli yang sah di bawah syarikat N.Z New Image Sdn Bhd dengan mengedarkan product ALPHA LIPID LIFELINE & SLIM DIET 2. Jangan lepaskan peluang menjadi jutawan N.Z New Image Sdn Bhd. Sila hubungi/SMS saya untuk sebarang pertanyaan mengenai peluang perniagaan ini.

Mohd Azizi Bin Abd Aziz
Supervisor
ID No : 255016
Tel No : 013 9837195
N.Z New Image Sdn Bhd
Products : Alpha Lipid Lifeline & Slim Diet 2
website : http://www.newimageasia.com.my/

No comments:

Post a Comment